Thursday, August 11, 2011

Majlis Berbuka Puasa, Beribadat & Meraikan




Assalamualaikum wbt & Salam Ramadhan, MARILAH berbuka puasa, beribadat & meraikan bersama anak yatim dan keluarga miskin.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, pihak T.P.K. Community dengan sokongan TPK Ventures, The Absolute Clothing, Satu GIGS , PROCOOL AIRCONDITION, Kilat Permata, FNZ Sepakat & ADAMERAH Photography telah sepakat untuk mengadakan majlis meraikan anak yatim (Baitul Ehsan, Perit, Kedah) dan keluarga miskin (Pokok Sena).

Pihak kami menjemput semua rakan-rakan FB / MS / FS / YM dan lain-lain, Sekitar Alor Setar @ berhampiran untuk menghadiri dan meraikankan majlis ini bersama.

Sesiapa yang ingin turut serta dalam majlis ini, Pihak T.P.K Comumunity mengenakan bayaran minimun :
RM23 seorang
(bagi sesiapa yang inigin membuat pembayaran lebih, wang anda akan di sumbangkan kepada mereka yang memerlukan (DUIT RAYA).

Pakaian : Baju raya tahun ini @ tahun lepas-lepas

Untuk Pertanyaan, Sila hubungi wakil kami :

012-535 4439 ( En Muhammad Zulkifli)
013-352 6356 ( En Yusry)
013-667 7303 ( En Hilmy)

*Solat Maghrib, Solat Isyak & Solat Tarawikh turut akan di adakan.

“Rebutlah peluang di bulan Ramadhan yang hanya datang setahun sekali agar kita tidak menjadi manusia yang rugi kerana belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadhan pada tahun yang akan datang.~ Pengerusi T.P.K Community ~

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. ~Surah An-Nisaa : 40~

***Mohon jasa baik Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik untuk mengesahkan kedatangan dan bayaran sebelum Ramadhan yang ke 12 untuk tujuan penyusunan tempat.

Mohon kerjasama anda semua. Semoga ALLAH memberi keberkatan kepada kita semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, InsyaALLAH.